Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa defisit Belanjawan 2021 yang besar adalah disebabkan RM54 bilion milik Petronas yang dijarah oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2019. <br /><br />Menurutnya, kerajaan PH ketika itu terpaksa menanggung kekurangan hasil yang dihadapi selepas menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). <br /><br />Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) mendakwa Najib mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan di dalam Dewan.