Hasil kerajaan yang berkurangan sebanyak RM42 bilion ringgit tahun ini mampu ditampung sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia (GST) masih dikenakan di negara ini, kata ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan.<br /><br />Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berhasrat agar GST dikembalikan supaya hasil kutipan cukai itu dapat memberi manfaat kepada rakyat.