Jemaah menteri bersetuju berunding di luar mahkamah dengan pihak syarikat yang membangunkan projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2).<br /><br />Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan dalam Dewan Rakyat hari ini.<br /><br />“Dalam hal ini, suka saya maklumkan dengan tegasnya dalam mana-mana kes sivil kerajaan sedia runding apa-apa penyelesaian di luar mahkamah.