Beberapa ribu liter sisa berjadual dipercayai dibuang ke sistem kumbahan Indah Water melalui lot kilang di Rawang yang menyebabkan pencemaran di Sungai Selangor semalam.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Taware, pihak berkuasa menyerbu sebuah kilang di Taman Velox di mana mereka menemui 40 tangki kimia, masing-masing berkapasiti 1,000 liter.<br /><br />Arifai membuat lawatan di kilang tersebut bersama pihak penyiasat dan pegawai dari Lembaga Pengurusan Air Selangor (Luas), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)
