Program Wacana Sinar Harian terus mengungguli tangga teratas sebagai siri bual bicara digital terpanjang di Malaysia selepas sembilan tahun bersiaran.<br />Tahukah anda?<br />Wacana Siri Satu dianjurkan pada 11 Februari 2011 bertajuk ‘Daftar Pengundi: Wajarkah Diwajibkan?’ dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah; bekas Timbalan Menteri di JPM, Fuziah Salleh; bekas Timbalan Setiausaha Operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Noordin Che Ngah; bekas Pengerusi Institut Perhubungan Awam Malaysia, Prof Hamdan Adnan sebagai panel dan moderatornya adalah Kamarul Bahrin Haron.<br />Nantikan siaran langsung Wacana Siri 200 yang bersiaran secara langsung jam 8.30 malam, Khamis, 8 Oktober 2020 di seluruh platform media sosial Sinar Harian.