Anggota parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail memberi amaran terhadap kenaikan kes tuberkulosis (batuk kering) sekiranya peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Belanjawan 2021 tidak ditambah.<br /><br />Azman turut merujuk kajian London Imperial College yang mendedahkan peningkatan kes tibi secara global selepas tiga bulan negara serata dunia melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) susulan Covid-19.