Surprise Me!

CEO Tesla Inc, Elon Musk mengaku kemungkinan besar positif Covid-19

2020-11-16 234 Dailymotion

Jutawan teknologi, Elon Musk memaklumkan dia berkemungkinan besar dijangkiti Covid-19, namun menerima keputusan ujian saringan yang berbeza daripada makmal berlainan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc dan SpaceX berusia 49 tahun itu berkongsi perkara berkenaan di Twitter miliknya, dengan memberitahu mengalami gejala ringan.

Pada Jumaat, beliau melakukan empat ujian saringan dengan dua disahkan positif, manakala dua lagi negatif.

Musk yang memiliki 40 juta pengikut di Twitter berkata, simptom dialami ada turun naik seperti demam biasa tetapi dia menderita sakit badan dan pening yang ketara berbanding batuk dan selesema.

Laporan oleh Reuters.

Buy Now on CodeCanyon