Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer sekali lagi mengungkit isu Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing berhubung kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah "takut mati".

Kali ini, Rayer menyifatkan permohonan maaf oleh Tiong itu tidak ikhlas kerana tidak dibuat di dalam Dewan Rakyat.

Semalam, Tiong menyatakan maafnya dalam satu kenyataan media berhubung kenyataan kontroversinya itu kepada semua barisan doktor, jururawat, frontliners termasuk ketua pengarah kesihatan.

Jelasnya, permohonan maaf itu dibuat bagi memastikan "perjalanan sidang Dewan Rakyat lancar".