Surprise Me!

'Tengah hari tahu, petang terus bawa 200kg daging, 500kg buah dan sayur' - Ebit Lew

2020-11-16 10,290 Dailymotion

Ekoran Zoo Negara Malaysia memohon bantuan, penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew terus bergegas ke sana.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk menyelamatkan haiwan di sana.

Menurut Ebit, selepas mendapat panggilan tersebut pada tengah hari, beliau terus menghantar bantuan pada sebelah petangnya.

Ustaz Ebit turut meluahkan rasa sedih selepas mengetahui situasi getir yang sedang dialami Zoo Negara.

Beliau turut berkesempatan meninjau haiwan-haiwan di sana dan memuat naik satu video memaparkan dirinya memberi makan harimau di dalam kandang.

Menurut Ustaz Ebit juga, Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan.

Buy Now on CodeCanyon