Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mempertikaikan program-program pembelajaran yang disiarkan menerusi TV Pendidikan sebagai tidak memuaskan.

"Saya mengikuti jadual TV Pendidikan dari 5 November hingga 12 November, lebih kurang satu minggu."

Ahli parlimen Kulai itu berdasarkan dapatannya, TV Pendidikan hanya menyiarkan selama 30 minit bagi pembelajaran subjek Matematik Tahun 1.

Beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat, hari ini.

TV Pendidikan, TV Okey, boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI