Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong kecewa denga Menteri Kewangan apabila jawapan bertulisnya tidak dijawab menepati dengan soalannya.

Katanya soalannya yang bertanyakan tentang bilangan dan jumlah projek-projek rundingan terus yang telah diluluskan di bawah Kerajaan Barisan Nasional (Mei 2013- April 2018) dan Kerajaan Perikatan Nasional (Februari 2020 - kini) tidak dijawab oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Pada Ogos lalu, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan senarai kementerian yang terlibat dalam pemberian 101 projek bernilai RM6.61 billion secara rundingan terus ketika era pemerintahan Pakatan Harapan.