Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa guru-guru yang berada di Semenanjung, mahu pulang ke kampung mereka di Sabah atau Sarawak haruslah memohon rentas negeri daripada pihak polis terlebih dahulu. <br /><br />Beliau berkata demikian ketika ditanya soalan bolehkah guru mahu merentas negeri ekoran sekolah yang ditutup dalam tempoh yang lama. <br /><br />Sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari tahun depan seperti mana dimaklumkan Kementerian Pendidikan sebelum ini.