Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun Langkawi merupakan Zon Hijau, namun ia tetap di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana masih di bawah negeri Kedah.<br /><br />Namun, Ismail berkata Majlis Keselamatan Negera (MKN) masih meneliti tentang pergerakan membabitkan daerah di zon hijau untuk ke daerah zon hijau yang lain. <br /><br />Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan PKPB kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama empat minggu bermula 9 November lalu hingga 6 Disember ini.