Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof berkata vaksin Covid-19 kemungkinan dapat digunakan dalam masa terdekat.<br /><br />Katanya, penglibatan negara dengan Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX) juga dapat menurunkan kadar infeksi di negara ini daripada terus menular menjelang 2022.<br /><br />Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang bertanyakan apakah rancangan Malaysia sekiranya Covid-19 terus menular sehingga 2022.