Surprise Me!

‘Apa tindakan kerajaan banteras kumpulan antivaksin_’

2020-11-17 516 Dailymotion

Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) bertanya apa tindakan yang akan diambil kerajaan terhadap golongan antivaksin yang cuba mempengaruhi rakyat agar menolak vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan.<br /><br />Katanya, dia menghargai usaha kerajaan termasuk memperuntukkan kos besar dalam Belanjawan 2021 bagi mendapatkan akses vaksin Covid-19, namun tambahnya, semua usaha itu akan menjadi sia-sia jika gerakan golongan berkenaan berjaya mempengaruhi orang ramai.<br /><br />Gerakan antivaksin digerakkan oleh golongan yang menolak penggunaan vaksin, antaranya menggunakan media sosial, dengan fahaman bahawa vaksin mengandungi bahan yang tidak selamat.

Buy Now on CodeCanyon