Susulan Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman meninggal dunia, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa semua parti politik supaya mengelak meletak calon dan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Umno.<br /><br />Tambahnya, ini bagi mengekang risiko penularan wabak Covid-19 semasa pilihan raya kecil.