Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan hari ini membawa usul supaya mulai esok sehingga 15 Disember, semua ahli parlimen tidak dibenarkan untuk bertanya soalan tambahan kepada Menteri dan Timbalan Menteri di Dewan Rakyat.

Perkara ini mendapat tentangan daripada ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching yang meminta sekurang-kurangnya satu soalan tambahan dibenarkan bertanya.

Kemudian, Takiyuddin berkata pilihan ini adalah cadangan dari ahli parlimen Kota Melaka yang meminta Menteri atau Timbalan Menteri menjawab soalan ahli parlimen di Dewan Rakyat, bukannya secara bertulis.

Namun usul ini telah diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini.