Setelah hampir seminggu mencatatkan empat digit, bilangan kes baru Covid-19 kembali kepada tiga digit dengan 660 kes hari ini.

Sabah kembali mengatasi negeri-negeri lain dengan 387 kes.

Jumlah kes aktif di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 12,814 kes

Terdapat 630 kes pulih Covid-19 dan dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 37,254 atau 73.9 peratus.

Terdapat 103 pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi manakala 41 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan

4 lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian mencecah 322 kes.