Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata dia akan mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dalam siasatan berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).<br /> <br />Namun, bercanggah dengan cadangan PAC, Annuar berkata Yayasan Wilayah Persekutuan akan tetap dipengerusikan oleh menteri.<br /><br />Laporan PAC sebelum ini menyatakan bahawa terdapat konflik kepentingan menteri dan penglibatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam yayasan tersebut.