Menteri di Jabatan Menteri Takiyuddin Hassan memperjelaskan alasan kenapa mahkamah perlu menangguhkan kes prosiding bekas perdana menteri Najib Razak ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada waktu ini.

"Ini tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat termasuklah orang kena tuduh (OKT) dan saksi-saksi lain juga perlu hadir ke mahkamah hingga menyebabkan prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan."

Beliau berkata demikian dalam semasa menjawab pertanyaan ahli parlimen Jelutong RSN Rayer dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Taki berkata prosiding mahkamah kini diadakan secara dalam talian iaitu melalui secara e-Review atau sidang video.

Namun katanya, prosiding dalam talian ini hanyalah alternatif sahaja dan tidak menghilang pihak-pihak untuk meneruskan perbicaraan di mahkamah dengan SOP yang ketat.