Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memasang lebih 100 kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kegiatan pekerja asing tanpa dokumen yang menjalan perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur .

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, kamera-kamera itu akan dilengkapi fungsi kecerdasan buatan (artificial intelligence) dengan teknologi pengecaman wajah, supaya aktiviti pemantauan di dalam dan luar pasar borong dapat dijalankan lebih lancar.

Selain itu katanya, pembinaan kemudahan asrama dengan lebih daripada 200 katil untuk pekerja pasar borong telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan mulai bulan depan.

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/148407647007385