Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa berpandangan Umno tidak seharusnya meminggirkan Bersatu kerana kerjasama dengan Bersatu akan menjadikan parti itu dan seterusnya gagasan Melayu di negara ini lebih kuat.

Beliau berkata demikian dalam sesi Sembang-Sembang Politik bersama veteran Umno yang dimuat naik di Facebooknya semalam.

Sebelum ini, Annuar yang juga Setiausaha Agung Muafakat Nasional mencadangkan pembentukan gabungan politik besar membabitkan parti-parti politik yang menolak Pakatan Harapan (PH).

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/394534238359878