Seorang lelaki telah menumbuk sebelum merentap rantai emas yang dipakai seorang wanita dalam satu kejadian samun di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak, Sabtu lalu.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, lelaki tersebut turut dibantu oleh seorang lelaki lain yamg menunggu di kereta.

Sementara itu menurut laporan Harian Metro, polis telah berjaya menahan dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang dipercayai terbabit dengan kes samun tersebut.

Sumber visual: https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1752682281576141/402394567472235/