Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan vaksin Covid-19 sebelum ia diberi kepada petugas barisan hadapan dan seterusnya orang ramai. <br /><br />Beliau menjawab soalan Azis Jamman (PH-Sepanggar) sekiranya kerajaan mempunyai pelan tambahan untuk mengatasi risiko kesan sampingan vaksin seperti yang berlaku di Korea Selatan, apabila ramai yang maut setelah menerima suntikan vaksin selesema. <br /><br />Selain itu katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai perolehan kumpulan pertama vaksin itu pada awal tahun depan.