Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mendakwa terdapat beberapa wakil rakyat yang terlibat sebagai orang tengah untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini melalui kelulusan khas.<br /><br />Menurut ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai, perkara itu didedahkah oleh Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan Aktiviti Kawalan Terhadap Pekerja Asing yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam. <br /><br />Beliau turut mendedahkan kelulusan khas itu telah diberikan oleh Ahmad Zahid Hamidi yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di antara 2016 - 2018.
