Teresa Kok (PH-Seputeh) memberitahu Annuar Musa, Kuala Lumpur berbeza daripada bandar yang diwakili Menteri Wilayah Persekutuan itu - Ketereh - sehingga aktiviti perniagaan kecil-kecilan boleh dijalankan di kaki lima dengan sesuka hati.

Menurut Kok, sebagai wakil rakyat di kawasan Kuala Lumpur, dia sering mendapat aduan daripada persatuan penduduk yang berdepan masalah penjaja tanpa lesen yang membuka gerai sesuka hati sehingga menghalang lalu-lintas dan menyebabkan kekotoran.

Annuar kemudian menyanggah kenyataan itu dan menyifatkan Kok memandang rendah kawasannya itu dan pada masa sama kelihatan seperti tidak mengambil serius dengan kenyataan yang dibuat tadi.

Terdahulu, ketika sesi penggulungan perbahasan menteri bagi Belanjawan 2021, Annuar menjelaskan isu berhubung KL "wilayah bebas berniaga” sebagai menjawab soalan Kok.