Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mula dikuatkuasakan semalam 14 Oktober 2020, manakala seluruh Sabah bermula sehari sebelum itu.

Berikutan perintah tersebut, sekolah juga kembali ditutup selepas dibuka secara rasmi 15 Julai 2020.

Murid dan pelajar kembali terkurung di rumah dan perlu memulakan pelajaran secara talian semula. Guru-guru pasti sibuk menyusun modul subjek manakala ibu bapa kembali 'pening' kerja rumah datang bertimpa di group aplikasi WhatsApp atau Telegram dan perlu juga memastikan setiap anak berpeluang menyelesaikan kerja-kerja sekolah mereka.

Kembali belajar di rumah, apa peranan perlu dimainkan setiap pihak? Bagaimana untuk mengurus stres tersebut?