SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, Pahang berlangsung pada 4 Julai ini.

Tiga calon terlibat ialah dari Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41; Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, (Bebas) dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, (Bebas).

Apakah gagasan dirancang setiap calon dan mampukah mereka memenuhi keperluan rakyat Chini?

Ikuti wacana yang membawakan diskusi panas isu ini secara langsung pada 25 Jun 2020 (Khamis), jam 8.30 malam di semua platform media sosial Sinar Harian.