LIMA prinsip teras Rukun Negara - Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Apakah baris-baris itu sedia tertanam dalam kepala atau anda perlu rujuk di belakang buku latihan anak-anak?

Agak menyedihkan, ada di kalangan kita terutama generasi muda tidak lagi menghafal Rukun Negara, apa lagi menghayati dan menjadikannya sebagai rujukan untuk amalan seharian.

Wacana Siri 181 mengumpulkan tiga panel hebat dalam bidang masing-masing yang bakal membincangkan isu ini secara telus dalam siaran langsung jam 8.30 malam (Selasa, 21 Julai 2020) di semua platform media sosial kami.