BARU-BARU ini, Dewan Rakyat kecoh apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mendedahkan 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan kementerian tersebut sewaktu pentadbiran PH.<br />Berikutan itu, beberapa ahli parlimen PN mendesak Zafrul menyenaraikan projek-projek tersebut. SPRM pula masih menganalisis sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.<br />Benarkah projek kerajaan secara rundingan terus diperuntukkan di bawah undang-undang? Adakah isu meletus kerana ia bercanggah dengan janji dalam manifesto PH untuk memastikan tiada lagi 'direct nego' sebaliknya mengamalkan CAT (cekap, amanah dan telus)?<br />Wacana Siri 190 membawakan isu ini untuk dikupas secara tuntas, jam 8.30 malam, 3 September 2020 (Khamis) di semua platform media sosial kami.