PELAKON veteran Razali Buyong yang suatu ketika dahulu popular menerusi drama bersiri Opah yang ditayangkan menerusi RTM masih menyimpan hasrat untuk kembali berlakon.

Kata Razali, 76, sebagai pelakon, perasaan untuk berada di set penggambaran masih menebal sungguhpun menyedari keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan.

“Memang kadang-kadang terdetik rasa teringin nak berlakon… dapat sedikit peluang pun jadilah,” katanya kepada mStar.

Razali ditemui di kediamannya di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur menerusi program Ziarah Finas 2.0 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).