Ahli parlimen pembangkang memohon lanjutan had masa 20 minit bagi sesi soal jawab Menteri Kesihatan Adham Baba dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021). <br /><br />Perkara itu mula dibangkitkan oleh Hannah Yeoh (DAP-Segambut) dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain menyatakan sokongan terhadap Hannah dan menggesa Timbalan Yang Dipetua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon memberi kelonggaran terhadap peraturan tersebut. <br /><br />Jelas Hannah, ini memandangkan negara dilanda peningkatan kes Covid-19 justeru pelbagai soalan ingin ditanyakan kepada menteri tersebut.
