Surprise Me!

Rindu keletah Jamali Shadat… tiada lagi usikan Atan!

2020-11-26 17 Dailymotion

BANYAK mendiamkan diri selepas pemergian isterinya Allahyarham Lela Yacob pada dua tahun lalu, pelakon dan pelawak veteran Datuk Jamali Shadat kini semakin uzur.

Menurut anaknya Fauzi Jamali, bapanya yang kini berusia 78 tahun tidak mengalami masalah kesihatan namun uzur disebabkan faktor usia.

“Kesihatan semua okay, cuma seperti apa yang kita boleh lihat… ayah uzur sebab dah tua kan.

“Sekarang ayah kurang berborak, arwah emak dulu banyak bercakap tapi apabila emak dah tak ada... ayah suka mendiamkan diri,” ujarnya kepada mStar.

Fauzi ditemui ketika program Ziarah Finas Prihatin 2.0 di kediaman Jamali di Pulau Indah, Klang pada Rabu.

Dalam pada itu, Fauzi memberitahu telefon milik bapanya sudah dipadamkan berikutan Jamali tidak mampu bertutur dan mendengar dengan baik.

“Nombor telefon ayah dah tutup sebab dia tak boleh bercakap, kalau nak berhubung boleh hubungi saya atau isteri,” katanya.

Buy Now on CodeCanyon