Surprise Me!

Ben Amir cabar diri bawa dua watak dalam 'Sang Pewaris' - “Saya perlu buat persiapan mental”

2020-11-27 11 Dailymotion

ADAPTASI daripada novel nukilan Fizziany, drama Sang Pewaris terbitan Global Station Sdn Bhd sudah menemui penonton pada 26 November lalu.

Pelakon Ben Amir berkata, cabaran utama apabila dia melakonkan dua watak yang berbeza.

“Untuk saya ia mencabar untuk bawa dua watak ini kerana sangat berbeza. Saya juga perlu membuat persiapan mental kerana melakonkan watak kembar ini sangat penat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amyra berkata, pada awalnya dia belum sedia untuk kembali ke set penggambaran berikutan anaknya masih menyusu badan.

Bagaimanapun, dia menukar fikiran dan menerima tawaran drama ini selepas mengetahui diarahkan oleh pengarah Eyra Rahman.

“Sebenarnya saya tidak bersedia untuk berlakon kerana sebab anak saya menyusu badan dan masa tu anak saya baru empat bulan.

“Pengurus saya beritahu drama ini diarahkan oleh Erya Rahman terus saya fikir dua kali sebab tahu cara dia kerja macam mana,” ujarnya kepada mStar.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini melahirkan anak keduanya pada 1 Februari 2020.

Drama 13 episod ini turut dibarisi oleh Zarynn Min, Fizz Fairuz dan Zamarul Hisham.

Sang Pewaris ditayangkan pada setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3.

Buy Now on CodeCanyon