Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam menjelaskan tindakan yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen Amanah yang bangun menyokong undi belah bahagi untuk pengundian Belanjawan 2021 petang semalam.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum penggulungan Menteri Kewangan semalam yang menolak Belanjawan 2021.

Bagaimanapun keputusan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk tidak membuat pengundian belah bahagi dibuat pada saat akhir dan belanjawan tersebut juga tidak sempat dibahaskan oleh pihak pembangkang.

Oleh yang demikian, tindakan untuk bangun menyokong undi belah bahagi itu katanya, adalah bagi menyatakan pendirian sebenar Amanah dan Pakatan Harapan terhadap Belanjawan 2021.

Sumber video: https://www.facebook.com/jomchannelonline/videos/198749951817558