Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir di negara ini. <br /><br />"Insya-Allah, jika diizinkan Allah, apabila pandemik COVID-19 berakhir, kita adakanlah pilihanraya umum."<br /><br />"Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih Kerajaan yang mereka mahu", katanya ketika memberi ucapan dasar di Persidangan Agung Bersatu 2020 hari ini.