Perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bermula hari ini dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi penekanan kepada peningkatan peruntukan untuk kakitangan kontrak yang diambil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).<br /><br />Ahli Parlimen Port Dickson itu mengkhususkan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit untuk kakitangan kontrak, iaitu peningkatan sebanyak RM181,446 juta berbanding tahun sebelumnya dan mendakwa ia sebagai lantikan politik oleh kerajaan.
