Sebanyak 993 individu ditahan dalam tempoh 10 bulan tahun ini selepas terlibat dalam kegiatan 'Macau Scam'.<br /><br />Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata tangkapan pada 1 Jan hingga 31 Okt itu melibatkan 912 warga tempatan dan 81 rakyat asing.<br /><br />Beliau berkata pada masa ini, belum ada kajian mengenai umur mereka yang terlibat dalam kegiatan itu dan pihak Kementerian Dalam Negeri akan membuat penelitian berhubung perkara berkenaan.
