Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di asrama pekerja syarikat Top Glove di Klang akan dilanjutkan dua minggu sehingga 14 December.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, ini susulan kes Covid-19 di kalangan pekerja yang masih tinggi dan terdapat kes positif yang dikesan pada ujian kedua

Setakat ini, sebanyak 5,805 ujian saringan telah dilakukan dan 3,406 pekerja diuji positif.

Ismail turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kementerian Kesihatan ‘bekerjasama’ dengan Top Glove untuk membenarkan pekerja di bawah kuarantin untuk bekerja seperti biasa.