Walaupun sayap pemuda Bersatu (Armada) masih baru berbanding parti-parti politik lain, mereka tetap bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berdasarkan pengalaman PRU-14 yang lalu, kata ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. <br /><br />Katanya lagi, Armada akan terus mempertahankan kepimpinan presiden parti, Muhyiddin Yassin bersama-sama rakan-rakan lain dalam kerajaan Perikatan Nasional, termasuk Barisan Nasional. <br /><br />Wan Fayhsal mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki minggu lalu yang menggesa presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan seluruh kepimpinan Bersatu untuk kembali ke pangkuan Umno.