Setiap parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) penting dan saling memerlukan untuk terus berkuasa, kata Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

"Kita di zaman di mana tak ada parti tunggal yang memerintah. Perubahan demografik politik. Semua parti perlu insaf dan bekerjasama."

"Kalau bergesel, takkan mampu tubuh kerajaan. Ini (PN) adalah satu gabungan. Semua orang sama-sama penting. Masing-masing tak cukup number (sokongan yang cukup untuk tubuh kerajaan sendiri), " katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Khaled Nordin bahawa misi Umno adalah mendapatkan kembali kuasa di peringkat persekutuan melalui kerjasama dengan PAS