Surprise Me!

Ikhwan Fatanna tak sangka dapat buat lagu untuk Siti Nurhaliza… lagu rancak pula tu!

2020-12-02 8 Dailymotion

PENYANYI dan komposer Ikhwan Fatanna memberitahu dia tidak menyangka berpeluang terlibat dalam pembikinan lagu Siapa Tak Mahu nyanyian penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ujar Ikhwan atau nama sebenar Ikhwan Fatanna Mokhtar, 30, kerjasama antara dia dan Siti Nurhaliza dianggap sebagai pencapaian terbaharu untuknya dalam bidang muzik.

“Apabila dapat buat lagu untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza saya rasa macam satu batu loncatan yang buat saya terkejut, sebab terlalu cepat untuk saya.

“Saya bersyukur ini adalah rezeki daripada Allah, ia tidak menghentikan saya sampai di sini sahaja sebaliknya membuatkan saya akan terus berusaha,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, walaupun banyak terlibat dalam pembikinan lagu, dia masih lagi aktif menyanyi namun lebih selesa menyanyikan berkonsepkan ketuhanan.

Buy Now on CodeCanyon