Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun enggan membuat sebarang keputusan mengenai tindakan Timbalan Menteri Perladangan Industri dan Komoditi, Willie Mongin yang dikatakan tidak senonoh di Dewan Rakyat semalam.

Ini kerana beliau tidak dapat memastikan perbuatan itu 'benar-benar berlaku'.

Ketika ditanya oleh Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pagi ini jika dia berhasrat untuk membuat keputusan, Azhar menolaknya.

Semalam ahli Parlimen pembangkang mendakwa Mongin menunjukkan jari tengahnya pada sidang dewan yang dipengerusikan oleh Azhar semalam.