Trend dan statistik jenayah membabitkan kanak-kanak sama ada mereka menjadi mangsa atau pelaku jenayah di negeri ini membimbangkan.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata antara kesalahan indeks jenayah membabitkan pelajar paling tinggi adalah kes curi motosikal, lain-lain kecurian, mencederakan orang, pecah rumah, rogol dan samun.

"Hampir 99 peratus pelaku jenayah dan mangsa dalam kalangan pelajar sekolah adalah berusia lingkungan umur 13 hingga 18 tahun iaitu di peringkat sekolah menengah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja (MEKAR) PDRM Kontijen Johor bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Horizon Hill Golf and Country Club, di Johor.