Dua ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan peningkatan peruntukan Belanjawan 2021 untuk perjalanan ke luar negara bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar di tengah sekatan perjalanan pandemik Covid-19.

Menurut anggaran perbelanjaan kerajaan persekutuan untuk 2021, wang pembayar cukai berjumlah RM450,000 telah diperuntukkan dalam kategori "bertugas di luar negara" untuk "program khas" yang tidak ditentukan oleh kementerian.

Ini merupakan peningkatan sebanyak RM50,000 berbanding peruntukan tahun 2020.

Hasanudin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) dan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mempersoalkan perkara itu dalam sesi perbahasan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.