Pembatalan yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan mengenai pengecualian kabotaj terhadap kapal asing yang melakukan penyelenggaraan kabel dasar laut akan menggalakkan peluang ekonomi bagi syarikat tempatan dan juga menjaga kepentingan negara. <br /><br />Pengerusi Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA) Abdul Hak Md Amin berkata, syarikat tempatan harus diberi peluang untuk menggunakan kepakaran mereka di perairan negara sendiri.<br /><br />Pengecualian kabotaj dikenakan oleh bekas menteri pengangkutan Anthony Loke pada April 2019 sehingga pembatalannya berkuat kuasa pada 15 November yang lalu.
