Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui undian belah bahagi.<br /><br />Perkara itu diputuskan Speaker Azhar Azizan Harun berdasarkan peraturan mesyuarat selepas 15 orang wakil rakyat bangun menyokong RUU itu diputuskan menerusi kaedah berkenaan.<br /><br />Dalam pengundian hari ini, 110 wakil rakyat menyokongnya, manakala 104 menentang dan enam lagi tidak hadir.
