Menteri Besar Perak sementara, Ahmad Faizal Azumu berkata pihak-pihak yang merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri dahulu harus mencari jalan 'berdamai' bagi menubuhkan kerajaan baru. <br /><br />Faizal berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian yang diambil oleh kepemimpinan PAS pusat bahawa tiga Adun parti itu di Perak tidak akan mengambil bahagian dalam kerajaan negeri yang 'baru'. <br /><br />Sementara itu, beliau mengakui Bersatu 'terasa hati' dengan tindakan yang dilakukan oleh Umno dengan membawa usul undi percaya tanpa membuat perbincangan terlebih dahulu dengan sekutu PN yang lain.