Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengkaji kemungkinan untuk memendekkan tempoh kuarantin 14 hari bagi pelawat asing yang memasuki negara ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.<br /><br />Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan itu menegaskan, mereka masih perlu meneliti data sekiranya ini sesuatu yang dapat dilakukan.