Kerajaan Malaysia menanggung 30 peratus daripada kos guaman perbicaraan pesawat MH17.<br /><br />Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menjelaskan bahawa peruntukan RM23.32 juta yang terdapat dalam butiran perbicaraan MH17 dalam belanjawan kementeriannya adalah untuk menampung kos tersebut bagi tahun hadapan.
